Isnin, 5 Januari 2009

DAERAH TENOM

Sebuah daerah yang terletak di kawasan pedalaman negeri Sabah. Kalau korang tengok dalam peta lebih kurang Tenom terletak di kawasan sempadan dengan Sipitang, Keningau dan Beaufort.






Untuk ke Sipitang dan Keningau cuma guna jalan raya sahaja. Kalau mahu ke Beaufort kenalah guna kereta api. Tapi buat masa ini masih belum boleh digunakan kerana landasan sedang di 'upgrade'kan. Lagipun ramai yang masih ngeri kerana kereta api pernah tergelincir dari landasan dan terjunam ke dalam sungai Padas akibat tanah runtuh atau mendap.